mesyuarat kanak2 5 tahun

May 21st, 2007 by hudasanusi

arini ana terharu betul dengar perbualan anak murid ana di tadika…. budak2 5 tahun…

ana kebetulan hari ni teramat la penat….sampai nak berjalan pun tak larat…kalau ikutkan hati memang nak cuti jer….khemah ibadat dari hari jumaat sampai ahad…memang tak cukup tido….bawa kereta masa nak balik boleh terlelap…nasib baik la ada sahabat2….disebabkan penat…ana tertido masa tengah siapkan buku rekod anak murid ana…masa tido ni ana terdengar perbualan mereka…macam meting la juga=)pandai betul….kalau sahabat2 dengar pun tergelak….

masa ana tertido…ada la anak murid ni datang kat ana nak tanya nak buat keje yang mana….masa ni la mulanyer perbualan..peringatan (baca perbualan ni dengan cara suara perbualan budak2 5 tahun)

pelajar1: eh, cikgu pengsan la, pergi panggil cikgu lain…

pelajar2:tak la, cikgu tido…jangan la kacau cikgu. bagi la cikgu rehat, cikgu tak sihat…cikgu pun nak rehat juga…

pelajar3:kalau cikgu tak sihat, kite tak leh balik, kite kena jaga cikgu, sian cikgu…

pelajar 4:saya setuju…

pelajar5:kalau cikgu mati macam mana?

pelajar4:kalau cikgu mati kite panggil la eno-eno(ambulan)

dengar mcm tu…terus ana segar….terharu pun ada…rupanye pesan ana selama ni….pelajar2 ni ingat…sampai tahap mati tu….terkejut juga dengar=)

mengumpat…..

May 16th, 2007 by hudasanusi

hihi kasarnyer tajuk…..erm…setiap hari kita kadang tak boleh nak lari dari terdengar orang mengumpat…atau pun diri sendiri yg mengumpat…hihi…minta di jauhkan la yer…

hari ni seperti biasa la kerja ana hari-hari mengajar budak2 tadika ni…tapi bukan budak tadika yang mengumpat….kalau ana sebut depan budak2 5 tahun ni pun perkataan mengumpat…mesti mereka ni tanya balik kat ana mengumpat tu apa…jenuh nak explain pulak..hihi..

ana pelik sebenarnya….ada kes macam ni berlaku…A mengumpat tentang B kat C…B ni mengumpat tentang A kat C…tapi dalam masa yang sama A dan B mengumpat C sama2…..hihi…ana pun dah naik pening…tapi ni la yang berlaku…bukan 3 segi…dah bersegi-segi dah…

kalau sahabat semua la….apa yang antum akan buat bila orang datang pada kita ceritakan pada kita tentang org lain….(kira nak ajak mengumpat la ni)…dan apa yg akan antum buat kalau terdengar org mengumpat…dan antum terpaksa tahan telinga….jom berkongsi sikit dengan ana…

NASIHAT UNTUK WANITA

March 29th, 2007 by hudasanusi

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

cinta dan kasih pada yang mencipta diri yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

A Poem That Make Me Cry

March 24th, 2007 by hudasanusi

So Sorry I Have To Die

mama what is happening?

what is that sound?

mama i’m scared

what is happening to the ground?

mama why r u crying?

please don’t be sad

mama r u angry with me?

was i being bad?

mama why r u hands shivering so?

we need to sit down to eat

mama why do u look so worried?

i’m not upset because there’s no meat

mama who is that at the door?

why does he have a gun?

mam i am afraid of him

why does he ask if you have a son?

mama why is he shouting at u?

now i am getting scared

mama please tell him to leave

i know before u wouldn’t have dared

mama why do we have to go outside?

what about my food?

mama when is papa coming?

he really needs to move along

mama what is that big thing?

what is it for?

mama why is it going towards our house?

why r they breaking the door?

mama please stop them

my car r still inside

mama how can they do this?

don’t they know my two brothers have already died?

mama don’t u cry

i will stop them

mama do not worry about me

they won’t shoot at a child of ten

mama i am your protector

while papa is not here

mama i am ur brave soldier

u don’t have to fear

mama why r they pointing at me?

don’t they understand?

mama tell them i have to look after u

around u there is no other man!

mama it hurts, it hurts so much!

i am sorry i couldn’t protect u

mama what is happening to me?

why is the sky not blue?

mama where r u going?

i cannot see ur eyes

mama r u angry with me?

i can hear ur cries

mama i know i disappointed u

but i do love with all my heart

mama i wish i could stay with u

and that we would never be apart

mama i don’t feel the pain anymore

and u don’t have to cry

mama everything will be ok

i’m so sorry i have to die…

(sister mariam salle)

Anda takut?

February 27th, 2007 by hudasanusi

Hari ni macam biasa rutin harian ana. pagi-pagi ke tadika Islam pusat islam USM..lepas zuhur ke makmal…siapkan keje di makmal…malam lepas maghrib meting pulak….penat juga…

tapi bukan ni yang ana nak kongsi dengan sahabat semua….hari ini, ada orang tanyakan satu soalan pada ana..lepas je ana selesai solat maghrib…soalannya…AWAK TAKUT TAK DENGAN KEHIDUPAN?

Kalau sahabat2 semua diajukan soalan ini apa yang sahabat2 semua akan jawab?

Mencari Atau Menjadi

February 9th, 2007 by hudasanusi
MENCARI ATAU MENJADI?
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

GAMBAR HIASAN SAHAJA
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
p/s:petikan diambil daripada PMIUSM group

Kekuatan?

January 24th, 2007 by hudasanusi

Nak minta pendapat sahabat-sahabat lagi…maklum la ana ni memang jenis yang suke minta pendapat…tambah lagi ada sahabat-sahabat yang beridea bernas ni=)jadi kalau rasa diri tu bernas tolong salurkan pandangan yer=)

Dalam kehidupan ni…seperti biasa la..kadang ada masa kita bersemangat sangat..dan ada masa kita terlalu lemah..dan kita perlukan something untuk naikkan semangat…

Jadi boleh tak kita kongsi..apa yang sahabat2 buat bila diri rasa lemah sangat…mungkin berguna untuk ana=)

Minta Pandangan Sahabat..rancangan indonesia

December 13th, 2006 by hudasanusi

assalamualaikum wtb….nak minta pandangan sahabat2 ni….sejak akhir2 ni.television banyak siarkan cerita2 dari negara jiran kita indonesia….ana pun memang minat tengok…banyak moral dia kalau nak dibandingkan dengan sesetengah cerita buatan tempatan… contoh yang tengah popular sekarang…bawang putih bawang merah tv3, mutiara hati tv9, hikmah tv2, hidayah tv9…ni lah antaranya…

Pada mulanya memang ana puji siaran2 ni…ana pun antara peminat siaran2 ni…hihi..cuma sejak ke penang dah tak berkesempatan nak tengok.banyak unsur2 islamik, moral pun banyak….namun ada juga yang dipertikaikan…contohnya unsur2 agama yang bercampur…ayat2 yang diucapkan…jadi apa pendapat sahabat berkenaan topik ni..

Petua Mencuci Hati

December 13th, 2006 by hudasanusi

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah 

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!! Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

wallahuaklam

Renungan Buat Muslimah

November 26th, 2006 by hudasanusi

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana- mana pun pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung         di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.